Monday 6 July 2015

GELANDANGAN ITU SAUDARA SEISLAM KU

Sebagai manusia yang normal,kita mempunyai kuasa iaitu kuasa pancaindera. Kita dapat melihat dengan mata, mendengar dengan telinga. bau dengan hidung,merasa dengan lidah, deria sentuhan dengan kulit. Itulah yang sentiasa di pelajari oleh kita sejak kecil dahulu.

Secara sedar atau tidak, dalam benak hati kecil ini selalu memikirkan. Kenapa banyak orang menyatakan bahawa hati itu adalah raja bagi manusia. Kenapa tidak tangan,kenapa tidak mata,kenapa tidak lidah, kenapa tidak hidung?
Itulah persoalan yang sentiasa menyelembungi diri sejak dahulu lagi.

Pada akhir-akhir ini, barulah aku sedar pandangan mata manusia itu adalah menipu. Pandangan hati itulah yang membawa kebenaran yang hakiki. Kenapa dikatakan pandangan mata itu menipu. Manusia sering melihat sekiranya orang yang memakai pakaian yang kotor , comot , selekeh itu adalah orang yang tidak baik. Orang yang memakai kopiah ,serban ,berjubah itu adalah orang yang baik. 

Adakah takrif "baik" itu terletak pada pakaian, adakah takrif baik itu terletak kepada berapa harga nilai sehelai kain yang kita beli itu. Jika di situlah terletaknya nilai baik ,maka begitu ramai orang yang hidup susah dianggap "tidak baik". 

Kita sebagai orang yang mempunyai aqal yang waras, pendidikan yang bagus, hati yang mulia perlu memahami prinsip atau definisi bagi "baik" itu. Janganlah kita tersalah anggap dengan memakai pakaian yang biasa-biasa saja yang comot,kotor,bertampal tampal itu dianggap jahat. 



Kita lihat sahabat seislam kita yang hidup sebagai gelandangan. Kita tahu pakaian mereka busuk, kotor, tidak terurus. Itu yang kita nampak dari segi luaran. Adakah kita sedar dari segi dalaman mereka? hati mereka, kemungkinan hati mereka lebih tulus,lebih ikhlas untuk menghadap ALLAH ketika solat dari diri kita ini yang "terlalu sempurna" dari segi luarannya, hanya luaran sahaja yang di "make up" terlalu comei ,yang di jaga terlalu rapi, apabila kita "zoom in" ke dalam hati kita penuh dengan hasad dengki, penuh dengan sifat tamak dan macam-macam lagi.

Kita lihatlah diri kita, apa guna jika mempuyai harta yang banyak , pendidikan yang tinggi, kereta yang besar, rumah yang selesa . tetapi tidak memberi kebaikan kepada orang sekeliling kita,jiran-jiran kita,saudara seislam kita. Benarlah kata seorang tokoh islam. Pejuang Islam kalau sehari tidak memikirkan tentang islam tidak sah. 

Jadi, kita fikirkanlah balik, adakah cukup kita melihat dengan pandangan pancaindera. kita muhasabah balik adakah harta kita itu berada di dalam kroni kita sahaja, kita lihatlah dengan mata hati bahawa ramai lagi sahabat seislam yang memerlukan pertolongan kita. Dimanakah kita sewaktu mereka memerlukan kita, dimanakan kita sewaktu mereka kebuluran,dimanakah kita sewaktu mereka berasa dingin dengan tidur hanya berlapitkan kotak yang nipis. 

Fikirlah sejenak , untuk membantu ribuan sahabat islam yang berada di malaysia ini. Gunakan hati mu untuk bertindak,gunakan hati mu untuk merasa ,gunakan hati mu untuk melihat ,gunakan hati mu untuk terus berjuang demi agama Islam yang tercinta. Sekiranya kita menolong agama ALLAH. Pasti Allah akan membantu dalam urusan dunia kita. In Shaa ALLAH.

No comments:

Post a Comment