Kita dilahirkan sebagai juara,
Sebenarnya jika kita sebagai juara, kita tidak perlu takut untuk tempuhi mehnah yang akan menjelma pada masa akan datang. Kita adalah sebaik-baik penciptaan di sisi Allah. Allah mengurniakan kita aqal dan iman.
Gunalah aqal dan iman dengan sebaik mungkin. Kejayaan bukannya mudah tapi ianya bukan mustahil untuk kita garap dan kita lakukan.Itu yang kita perlu faham dalam kehidupan kita.
Impian anda untuk berjaya terletak dalam hati anda sendiri. Anda tidak percaya? Sebenarnya aset kita yang ada dalam diri kita adalah hati. Jika anda hendak impian anda untuk berjaya dapat direalisasikan anda perlu menjaga hati anda untuk Allah, Taat perintah Allah , Allah akan jaga kita.
Selepas kita sudah mencuci hati kita dengan menghilangkan kekotoran dalam hati kita, maka bermulalah kehidupan kita untuk bermujahadah untuk mencapai kejayaan, kenapa saya kata perlu mujahadah, disebabkan akhlak manusia yang berjaya adalah dengan meninggalkan perkara yang buruk atau sikap yang buruk yang ada dalam dirinya. Mana mungkin hendak menjadi mukmin yang berjaya, hendak menjadi businessman yang berjaya,hendak menjadi doktor yang berjaya,hendak menjadi jurutera yang berjaya dan apa-apa saja cita-cita anda yang ingin anda jadi suatu hari nanti tetapi anda meninggalkan solat,anda melambat lambatkan solat,anda malas dalam urusan kerja,tidak tepati masa dan banyak lagi perkara-perkara negatif yang anda pelihara dalam hati anda, maka tempuh untuk berjaya itu Allah akan lambatkan.
Oleh itu, wujudkan suasana positif dalam diri anda,buang sejauh jauhnya sifat negatif itu.
Disini, saya ingin menekankan hati adalah segala galanya,jika baik hati itu maka baik lah seluruh jiwa kita, kejayaan kita bukan sahaja kita dapat capai cita-cita kita tetapi bagaimana kita ingin manusia yang lain menjadi baik seperti kita, bagaimana kita hendak tunjukkan pada manusia yang lain jalan dakwah yang terbentang luas, Itu adalah lebih utama untuk kita berjaya, kita tidak dianggap berjaya jikalau kita seorang sahaja dapat berjaya tapi jiran kita, adik beradik kita, sahabat kita masih lagi tidak berjaya. Oleh itu,tekad di hati tuan puan sekalian untuk terus menerus menarik kejayaan yang ada disekeliling tuan puan dan bawa bersama umat manusia yang lain untuk berjaya bersama dengan kita.
~usaha dalam kehidupan yang paling susah adalah mendidik manusia untuk terus istiqamah dalam membuat perkara baik kerana dunia ini penuh dengan fana.~



No comments:
Post a Comment