Sunday 13 March 2016

PERJUANGAN & KUDRAT

   Sedang asyik melakukan gerak kerja jemaah, kekadang teringat zaman yang telah berlalu. Zaman ketika berada di alam kampus. Alam yang penuh dengan dunia pentarbiahan, suka duka kehidupan & penuh dengan tipu daya dunia yang nyata.

   Pernah sekali ketika sedang berprogram ana bertanyakan sesuatu kepada sahabat, ianya mengenai perjuangan & kudrat kesihatan kita.

“Wei , kalau kita sakit, kita kena berjuang juga ka” pintas ana dalam kesunyian suara .

“Mestilah kena, kita berjuang lah lagu mana pun asalkan selagi kita ada kudrat walaupun dalam keadaan sakit tetap juga berjuang” jawabnya

“Hang tau kenapa kita tetap perlu berjuang?” dia bertanya kepada ana

“Aku tak tau la…. Mungkin sebab kita dah faham kot” seloroh ana sambil mengiakan sahaja.

“Pertama sekali shafiq, kita berjuang sebab kita tahu keadaan sekitar kita sekarang ni macam mana, kalaulah tiada yang nak berebut buat kerja-kerja yang tidak cukup masa untuk study, tidak cukup masa untuk rehat ,tidak cukup masa untuk bersama keluarga ; kalau bukan kita yang bersatu hati dengan thabat dan thiqah untuk ambil kerja-kerja ni , siapa lagi yang nak ambil?” terangnya dengan panjang lebar.

“Lagi……” kata ana sambil mengangguk tanda setuju.

“Kita ni hanya mata rantai perjuangan ja shafiq, hang tak kan rugi kalau duduk dalam medan yang macam ni, tapi yang hang akan rugi kalaulah ALLAH dah letak hang dalam ni, tapi hang nak lari keluaq, tu maknanya hang cari pasal dengan ALLAH, hang ingat lagi dak ,dulu kita duk janji apa…?”tanya sahabat kepada ana.

“Ya….. aku masih ingat… aku tak lupa haih…. Tapi kadang-kadang rasa macam berat sangat duk dalam medan ni..” luahan ana kepada sahabat.

“Memang la sahabat, kita nak sampai dekat syurga tu tak cukup denga solat ja. Jalan nak ke syurga penuh dengan cabaran, dan jalan nak ke neraka penuh dengan hawa nafsu. Kalau hang nekad nak buat kerja-kerja macam ni, toksah duk risau pasal rezeki, ALLAH akan bantu, hang dah lupa ka surah Muhammad ayat 7. Setiap hari kita kena rasa diri kita ditarbiah supaya kita makin rasa sayang dengan jemaah ni. Bilamana diri kita dah berada dalam medan dakwah dan tarbiah, belajar untuk mencintai dunia dakwah dan tarbiah, zaman la ni… ramai yang reti dakwah pada orang lain, tapi persoalannya adakah mereka semua mencintai dunia yang depa duk ni.” Terangnya dengan panjang lebar sambil memberi ana berfikir mengenai dunia perjuangan ni.

Sedang asyik teringat zaman kampus,lamunan terhenti apabila deringan telefon berbunyi dan ana terus melakukan kerja jemaah. Kisah yang diceritakan tadi sudah 3 tahun berlalu, tetapi kata-kata sahabat,peringatan sahabat,teguran sahabat semuanya penuh dengan hikmah buat diri ana dalam dunia realiti sekarang ini.


Al Fatihah kepada sahabat , semoga kehidupannya penuh dengan keberkatan.

No comments:

Post a Comment