Tuesday, 12 May 2015

MANIS CINTANYA SEPERTI DORAYAKI

Manis cintanya seperti dorayaki
Mesti anda semua berasa hairan atau pelik. Itulah realiti dunia yang fana ini. 
Di sini kita perlu membuat pilihan supaya keluarga kita sentiasa dalam keadaan bahagia.
Jadi pilihan yang saya buat disini ialah dengan menggunakan dorayaki. Sifat roti dorayaki sebenarnya lembut seperti span. Tidak hairanlah jika ramai orang Jepun menyukainya kerana inti yang digunakan juga manis dan paling penting sedap untuk dibuat sebagai juadah. 

Mesti tertanya tanya kenapa saya memilih dorayaki untuk "memaniskan" lagi keluarga saya ini, disini saya mendapat satu formula dimana keluarga saya suka memasak bersama sama. Jadi itulah titik temunya untuk kita terus mendapat kebahagiaan. Dalam memasak bersama sama terjalinlah takaful yang bermaksud bantu membantu. Jika dilihatkan, dengan cara ini kita dapat menambahkan rasa bahagia kita dengan keluarga tersayang. 

Kadang-kadang kita tidak perlu untuk membuat benda dengan sempurna. Seperti dorayaki. Adunannya penuh dengan gula halus yang dicampur dengan telur serta soda bikarbonat dan juga madu. Dan gunakan tepung dan intinya. Begitulah family, begitulah hidup berkeluarga. Kita tidak perlu mementingkan diri sendiri sahaja.Gula itu manis. Adakah sanggup gula menjadi manis dengan seorang dirinya. Tidakkah mahu si gula itu merasa manis dengan sahabatnya. Begitu juga kita, manisnya dorayaki kerana gula ingin berkongsi adunan untuk menjadi manis. Kalau si gula tanak msuk dalam adunan itu,adakah ckup manis untuk dorayaki itu. Begitulah kehidupan kita. Kemanisan dalam kekeluargaan jangan kita rasa berseorangan . Biarlah kita rasa secara beramai ramai kerana itulah yang dipanggil sebagai keluarga. 

Adakah anda percaya,selepas adunan dorayaki menjadi sebati , "mereka" sanggup berasa keperitan kepanasan bersama di kuali leper yang membara untuk memberi kesedapan itu dapat dirasa oleh manusia. Kerana apa mereka sanggup merasai keperitan bersama. Kerana anda perlu ingat. Jalan untuk merasa enak,rasa selesa,rasa nikmat dalam kehidupan perlu datang atau melalui dengan kepedihan kesakitan baru akan hadir rasa bahagia. Keperitan dalam institusi kekeluargaan kita dapat lihat dengan cara apabila ada ahlinya terasa hati atau merasa di marah atau di perli . Mungkin itu adalah keperitan yang harus dilaluinya.

Sedarlah wahai insan, kehidupan kita tidak henti sampai tahap keperitan sahaja. Biar keperitan itu berpindah kepada kebahagiaan, Bagaimana ingin lakukan? Itu terletak kepada pilihan diri anda sendiri. Apa yang penulis boleh tunjukkan hanya kita membayangkan kita ingin capai bahagia. Dan pilihan kita untuk terus mencari bahagia itu terletak pada diri sendiri. Kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw adalah dengan berusrah dan meluahkan segalanya yang tersimpan serta memikirkan cara untuk meningkatkan diri dengan bermujahadah dalam kehidupan kita. 

Bersabarlah wahai hati, jika kita sabar dalam keperitan dan mencari jalan keluar. Mesti ALLAH akan membantu kita. Jadi di sini. Cubalah cara terbaik untuk menyatukan keluarga. Jika keluarga tuan-tuan dan puan-puan suka membaca. Bawa mereka pergi membeli buku dan baca buku itu di tepi pantai atau tasik . wahh!! mesti best kan. Jika keluarga tuan puan suka akan hiburan music, contohnya seruling, bawa seruling dan mainkan di tepi tasik sambil membuat halaqah dan selitkan dengan unsur islamik. wahh!!! itu baru imaginasi yang sedikit. Tuan puan mampu melakukan lebih dari itu. Saya yakin, semua orang harus merasa bahagia. Jadikanlah diri anda manis seperti dorayaki supaya kasih sayang yang kita ingin rasai berpanjangan bersama insan yang kita sayang.


No comments:

Post a Comment