Monday, 11 May 2015

HARMONI KAH KITA :)

harmoni kah kita ?
itulah persoalan yang sentiasa menarik minat saya untuk terus berkarya. Jika dilihat dari sudut kekeluargaan . keluarga mana yang tidak pernah ada masalah.
Mungkin di sini boleh agaknya untuk saya berkongsi cara-cara atau kaedah-kaedah yang bagi saya boleh  diaplikasikan di dalam keluarga.
Mesti semua orang dari kita pernah mendengar pepatah lama melayu yang menyatakan "air dicincang tak kan putus". wowwww.. kalau kita mendalami pepatah ini dengan lebih mendalam lagi mesti kita dapat rasa kan yang kita ini adalah bernilai. tidak kira siapakah kita. Dalam konteks keluarga. Kamu adalah ayah, kamu adalah isteri, kamu adalah anak. Sememangnya kamu semua bertanggungjawab keatas keluarga kamu.

resam air tiada gantinya,
dari bukit ia datang,
terus mengalir tanpa jemu,
sedarkah kita,
resam air bernilai bagi kita,
sedarkah kita wahai ayah,
resam ini mengajar kita erti kepimpinan,
sedarkah kita wahai ibu,
resam air ini lah mengajar mu erti tabah,
sedarkah kita wahai anak, 
resam inilah mengajar kita erti kasih sayang.

Formula Keluarga :

Percaya + Hormat = Bahagia.

kalau kita tengok cerita air tadi. disebabkan air itu percaya kepada sahabatnya air yang lainlah yang membuatkan mereka pandai hormat di antara satu sama lain. Tak percaya. mari saya buktikan.
"setitis air hujan yang membasahi bumi,titis-titis air ini turun di kawasan pergunungan atau di kawasan bukit-bukit. titisan air ini tidak pernah kenal sahabatnya yang lain. hanya mereka kenal ,mereka adalah dari molekul yang sama. mereka percaya yang mereka itu dari molekul yang sama dan mereka bersahabat. titis air tadi bersama air sungai yang lain ,mengalir turun ke bawah, dalam susah payah bertembung dengan batu yang besar,dengan susah payah bertembung dengan kayu yang menghalang mereka untuk terus mengalir. mereka juga saling membantu dan hormat sahabat mereka kerana mereka datang dari tempat yang sama. selama mereka menjadi air itulah kesusahan yang perlu mereka alami.sebelum datang nya rasa bahagia itu"

begitu lah juga kita sebagai manusia ini. Kita lihat ,sebenarnya kita datang dari datuk nenek yang sama iaitu Adam & Hawa. Kita kenal orang sekeliling kita (Ayah,ibu,kakak,abang,adik). Tapi adakah kita hormat mereka bantu mereka sebetul betulnya. adakah kita rasa bahagia dengan keadaan kita sekarang, jika anda ,menyatakan ya. maka anda layak untuk rasa bahagia itu untuk tempuh masa yang lama. jika anda menyatakan tidak. sebenarnya jarak anda untuk mencapai kebahagiaan itu sudah hampir. kenapa saya menyatakan demikian. saya tahu anda sudah banyak terasa hati, anda sudah banyak melakukan pengorbanan. apa yang anda perlu lakukan adalah SEDAR. SEDAR apa yang  berlaku sekeliling anda dan UBAH!!. ubahlah keluarga anda untuk menjadi keluarga yang awesome. ubahlah keluarga anda bagi merasai erti menghargai dan kasih sayang, anda perlu lakukan dengan bertanya kepada ahli dalam institusi keluarga anda apa yang mereka mahu anda lakukan. sentiasa menyayangi mereka dengan perbuatan bukannya dengan diam! oleh itu. anda yang perlu membuat pilihan tersebut. jadi lakukanlah sebelum terlambat. 

saya bagi lagi satu formula kebahagiaan iaitu jujur.
bilakah anda perlu jujur. semasa anda merasakan pasangan anda atau anak-anak anda membuatkan anda kecewa dan berkecil hati. Berleter bukan satu kaedah yang berkesan untuk menyedarkan pasangan anda. Cara yang paling berkesan adalah setiap hari selepas membaca al quran bersama-sama. Luahkan apa yang menyebabkan kita rasa berkecil hati. Di sini saya kata Luahkan bukan Berleter. Jadi semua ahli dalam institusi kekeluargaan pada masa itu harus menerima kesalahan yang diberi dan membincangkan kaedah berkesan untuk mengubah dirinya bukan hanya meluahkan perasan dan tidak memberi kaedah untuk mereka berubah, 

apabila menyebut mengenai luahan hati. saya amat berminat mengenai ayat ini. semoga ayat ini dapat menyedarkan kita. "apabila kita ingin bersuara,gunakan hati yang dipandu oleh iman di dibantu oleh aqal" .
kalau kita review kembali apa yang ditulis dari awal tadi mengenai keluarga. menggunakan formula resam air formula ---> Percaya + Hormat = Bahagia 
akhir sekali formula jujur.


semoga apa yang dikongsi kan dengan beranalogi ini dapat diaplikasikan untuk kesenangan umat yang akan datang. salamualaik.

No comments:

Post a Comment