hukum..
jika sebut pasal hukum ..ingat pada beberapa perkara..
wajib..haram..sunat..harus...dan makruh...
jika hukum itu dikatakan wajib...
jangan la kita nie nak memandai untuk mengubahnya...
contohnya sangat mudah.. dengan persekitaraan di Malaysia yang serba indah...
berkaitan dengan menutup aurat....
mungkin ramai yang menyatakan yang menutup aurat itu hanya memakai tudung sahaja ...
tetapi menutup aurat itu lebih dari itu...
buat apa jika menutup aurat ..tetapi masih memakai baju yang ketat...pakai seluar yang ketat...baju yang singkat...sampai orang awam dapat nampak bahagian belakang...
kepada anak cucu hawa..
apakah cara cara dan tindakan jika anda sayang akan ibu bapa anda...???
cukupkah dengan hanya mendapat kejayaan 10A+++ sahaja...berjaya dalam akademi sahaja...
tetapi anda menyeksa ibu bapa anda tanpa anda sedari...
selangkah kaki anda keluar dari rumah anda..tanpa menutup aurat dengan sempurna..
selangkah itulah juga kaki ibu bapa kesayangan anda itu menuju ke neraka...
di dunia ini...anda mahu pakai baju apa pun pakai la...walaupun "miskin" sebab ta cukup kain..
mahal mana pun...tak apa...
tetapi ingat....sewaktu anda dimandikan ketika anda terbaring kaku ..
dan ahli keluarga anda ingin membaluti tubuh anda
mereka hanya membaluti dengan menggunakan kain putih sahaja....
:)
jika fikir lojik akal....kenapa time kita menjadi jenazah ..orang ramai membaluti badan kita dengan cukup kain nya....tetapi sewaktu kita berada "berseronok di muka bumi" lupa pula na sempurnakan aurat kita..
fikir2 kan lah.. :)
belajar lah ilmu agama...ta rugi pun...malah sesiapa yang tidak mendengar ilmu agama dalam masa 40 hari..makan hatinya akan mula keras...kerana anda tidak pernah memberi hati anda itu makan....
hanya perut sahaja yang kenyang..adilkah cara anda itu..??
hati pun perlu kenyang dengan memberi makanan kerohanian..
seperti mendengar ceramah agama..berzikir...selawat....
hidupkan hati anda semula...bangkitkan semangat untuk berjuang melawan hawa nafsu
dan syaitan...
ALLAH mengatur hukum menutup aurat itu wajib disebabkan banyak faktor...
kebaikannya sangat banyak..
dapat menghindar dari fitnah..
dan antara yang lain dapat mengelak dari berlakunya kes2 yang berat..seperti rogol...mencabul dan lain2..
kepada yang ingin berubah itu...
cubalah berubah dengan sebaik baik nya..
jangan malu untuk berubah..
biar orang nak cakap apa pun..
asalkan urusan kita dengan ALLAH sudah selesai dalam perkara menutup aurat...
ISLAM ini tidak susah ajarannya...
setiap sesuatu perkara mesti ada sebab nya yang tersendiri...
tutuplah aurat anda dengan sempurna...
perempuan diibaratkan seperti berlian yang ada di dalam kotak kaca...
anda hanya mampu melihat .tetapi anda tidak dapat menyentuhnya,...
wanita solehah adalah lebih hebat dari segala isi dunia....
( maaf jika saya terkasar bahasa )
assalamualaikum wbh... :)
No comments:
Post a Comment